Tuesday, 22 May 2018

Tips & Rahsia Berpuasa Sambil Menyusukan Anak

TIPS DAN RAHSIA BERPUASA SAMBIL MENYUSUKAN ANAK



Salam Ramadhan Dear Readers,
Tahun ni kali kedua Ibu berpuasa sambil menyusukan anak dan kali ini dua anak sekaligus menyusu badan, Kak Nina dengan Adik Umar.

Mesti Puan Puan yang pertama kali berpuasa sambil menyusukan anak risau dan bimbangkan? Risau pengeluaran susu Puan merundum. Ini memang dilema yang paling besar bagi para mama termasuk Ibu sendiri.

Usah gusar, usah risau, Ibu kongsikan sedikit Tips :

1. MAKANAN YANG RENDAH (GI) GLYCEMIC INDEX

Ibu wajibkan untuk mengambil makanan yang rendah GI. Dalam musim berpuasa, Ibu mementingkan kualiti susu, bukan kuantiti sahaja yang penting ya tapi KUALITI lagi penting.

Makanan yang rendah GI ialah seperti roti wholemeal,pasta, coklat, oat, yogurt rendah lemak dan brocolli.  Ini merupakan contoh yang Ibu makan dan senang nak dapat. Oh lagi satu Ibu wajibkan untuk makan nasi juga walaupun sedikit.

Makanan rendah GI ini akan melepaskan tenaga dari sumber makanan secara perlahan jadi Ibu lambat rasa lapar. InshaAllah mampu bertahan untuk berpuasa walaupun masih perlu menyusu.

2. MINUM BANYAK AIR


Untuk elakkan masalah hidrasi pada tubuh ialah dengan minum banyak air. Menyusukan bayi memang akan menyebabkan kita berasa dahaga dan rasa dahaga itu datang dengan kerap. Oleh itu haruslah mengambil air dengan secukupnya sebab jika badan Puan kurang air, Puan akan berasa keletihan sepanjang hari.

Kalau orang biasa perlu minum 8 gelas sehari TAPI ingat ya bagi Ibu menyusu perlu minum air lebih. Ini jadual yang Ibu dapat hasil dari ehsan Pak Google :

Sebelum qiamullail – Segelas air
Selepas qiamullail – Segelas air
Sahur – Segelas air & segelas susu
Berbuka puasa – Segelas air
Selepas solat maghrib – segelas air
Selepas solat tarawih – segelas air
Sebelum tidur – segelas air

 3. MINUM SUSU KETIKA BERSAHUR

Ketika sahur sebelum makan apa apa Ibu dah amalkan lama dah minum susu. Ibu suka buat milkshake, blend sahaja campuran susu, kurma, granola, Pea Protein Mary Jardin & Astacera-collagen Mary Jardin (Optional). Sedap ok!

Tidak dinafikan sejak amalkan dengan konsisten susu ini membantu Ibu sangat dalam penghasilan susu berkualiti untuk Kak Nina dan Adik Umar.

  4.  TERUSKAN MENGEPAM MENGIKUT JADUAL

Ini bagi mereka yang bekerja, bagi Ibu yang WAHM “Working at Home Mom” jarang sekali pam sebab kedua dua anak Ibu Direct Feed. Kalau kakak dulu Ibu pam untuk standby stock begitu juga dengan Adik Umar.

Tapi bagi mereka yang EP Mom, konsep deman-supply susu tetap sama. Makin kerap dikosongkan makin banyak penghasilannya! InshaAllah! Yakin dengan rezeki Allah ok

5. BANYAKKAN REHAT DI SIANG HARI

Buat persediaan sebaiknya ya Puan. Beli la barang keperluan dan buat kerja rumah yang berat sebelum bermulanya bulan puasa. Elakkan aktiviti luar.

6. AMBIL SUPPLEMENT TAMBAHAN

Ini juga penting buat Ibu menyusu kerana Ibu menyusu memerlukan extra energy di musim Ramadhan. Bagi Ibu untuk kekal bertenaga sepanjang berpuasa, jangan tinggalkan Pea Protein.
7. NIKMATI RAMADHAN


Ramadhan cuma datang setahun sekali. Oleh itu ini lah peluang untuk kita kutip sebanyak mungkin pahala. Puan jangan terlalu stress fikirkakn susu yang mungkin tak cukup kerana pemikiran ini juga akan menganggu penghasilan susu.

Berdoa pada Allah agar mudahkan penyusuan ketika berpuasa. InshaAllah, jika kita yakin, Dia Maha Memberi. INGAT! Yang kita perlukan bukan kuantiti susu tapi Kualiti agar anak menyusu dengan gembira.

Love;
Ibu Amani

XOXO









Thursday, 1 February 2018

PART 2 : FALLING IN LOVE

Hi! Assalamualaikum.
Jom sambung PART 2 : FALLING IN LOVE

Sejujurnya Ibu pakai sendiri skincare Mary Jardin dan amat la jarang sekali nak promote kat sosial media lagi pula Ibu amat la busy kat butik Ibu dan busy uruskan Kakak [anak sulung Ibu] struggle in other word dengan ekonomi kurang menentu ni. TAPI apa yang pasti Ibu FALLING IN LOVE dengan skincare Mary Jardin ni!

Suddenly husband dapat surat transfer ke segamat by Dec 2017 jadi Ibu letgo butik kat new tenant dan sedang munasabah diri, gali minat yang sebetulnya. Sehingga satu ketika Ibu jatuh cinta nak cantikkan orang, makeup orang, buat simple spa, manicure dan pedicure as well. Sekeliling Ibu komen sebab ‘pembawakan anak’.

Macam biasa kepala degil Ibu redah semua, masuk kelas sana sini dan akhirnya Ibu ternampak iklan natural kosmetik Mary Jardin, coming soon ya produk #MJAC mary jardin artisan cosmetic. So Ibu text balik SIL Ibu tanya itu ini dan ya I’ve made my mind. Ibu nak focus MARY JARDIN! YES Ibu nak spread awareness tentang betapa baik dan hebatnya produk natural organik. Lagi pula masyarakat kita masih kurang celik tentang produk natural organik ketika itu, masih ramai lagi pengguna menggunakan produk berkimia.

So Ibu decided untuk pergi Retreat dan semua berubah selepas itu. Fuh penat taip sambil bebel. Kakak tengah meragam. Ibu sambung LAST PART JOURNEY Ibu sebentar lagi ya.

Love;
Ibu Amani

xoxo