Saturday 1 December 2018

HOMESCHOOLING : Sorting Colours Activity

Hi Assalamualaikum,

Memandangkan Ibu memang full time housewife, mother dan dalam masa yang sama menjalankan bisnes dari rumah jadi sepanjang waktu memang dengan anak anak kesayangan ni.

Ibu ada dua orang anak, Nur Medina Imani berusia 2 tahun dan Umar berusia 9 bulan. Dekat facebook anak anak Ibu terkenal dengan panggilan Stajah dan Haji. Nak kenal Ibu lagi rapat boleh Follow Ibu kat Facebook : Amani Peter

Sebabkan ramai sangat tanya Ibu apa aktiviti Ibu dengan anak anak, bagaimana Ibu ajar mereka dari rumah sejak umur 5 bulan dan macam macam lagi.

Jadi harini Ibu kongsikan aktiviti stajah Ibu iaitu si kakak. Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang pernah kami lakukan cuma kekangan masa untuk update di belog ibu ni. InsyaAllah Ibu cuba kongsikan aktiviti yang lain lepas ni.

Ok kemarin Stajah belajar sort out colours dan kali ini Ibu tambah lebih banyak jenis warna. Aktiviti ini sangat senang dan santai.

Barang yang diperlukan :

  1. Cotton Colours Balls (Bola warna jenis kain)
  2. Pinggan kertas berwarna (Ibu tak jumpa jadi pakai pinggan kertas biasa dan letak setiap warna bola dalam setiap pinggan sebagai tanda)
  3. Bekas letak bola warna




Cara Cara :

  1. Terangkan pada anak setiap pinggan kertas mempunyai satu jenis warna.
  2. Anak haruslah sort out bola warna yang berada di tempat letak bola mengikut jenis warna bola di dalam pinggan kertas.
  3. Sambil letak setiap bola tersebut Ibu harus memainkan peranan dengan menyebut kuat kuat jenis warna bola tersebut.
  4. Selesai bahagikan semua jenis warna, tutup aktiviti dengan menyusun semula bola warna di dalam bekas sambil mengira bilangan bola.
Ibu kongsikan video pendek Stajah Ibu ni.




Kebaikan Aktiviti Ini :

  1. Aktiviti ini sesuai untuk anak berusia setahun ke dua tahun.
  2. Anak anak lebih kenal jenis warna
  3. Daya Fokus anak dapat dibentuk

Penutup aktiviti Ibu bagi Stajah aktiviti bebas ikut kreativiti dia nak susun balik bola warna tu. Dia minta botol untuk masukkan bola warna kemudian tutup dan simpan. 

Masukkan ke dalam botol pun salah satu aktiviti bagus untuk daya fokus anak. Itu sahaja aktiviti kami. InshaAllah akan datang Ibu kongsi lagi. Semoga bermanfaat.

xoxo
Ibu Amani

#superibu
#maryjardinmelaka
#homeschoolingmy



Saturday 24 November 2018

CARA HILANGKAN PARUT HITAM JERAWAT



Jerawat dah sembuh tapi tinggalkan parut kesan hitam jerawat. Individu yang terpaksa berdepan dengan parut hitam jerawat sering mengalami kurang keyakinan diri dan menganggu emosi.

Ramai yang mengakui kehadiran parut menimbulkan rasa malu apatah lagi jika ia disebabkan jerawat dan dapat dilihat dengan jelas di kawasan muka atau leher.

Kajian dijalankan mendapati, 31 peratus mengalami parut kerana kerosakan tisu dalaman selain pembentukan tanda hitam, bintik merah dan parut.

Mencegah parut penting untuk kita ketahui punca jerawat Jerawat adalah masalah biasa namun ramai yang tidak memahami tanpa penjagaan kulit yang sepatutnya, ia berpotensi untuk meninggalkan kesan parut hitam dan mungkin meninggalkan parut kekal.

Sebelum kita kupas cara hilangkan bekas jerawat dengan cepat dan berkesan, penting untuk kita ketahui jenis jerawat seperti :
1.    JERAWAT PASIR.
Ukuran jerawat ini ialah kecil, bezanya jerawat pasir dan jerawat biasa adala jumlah jerawat itu sendiri. Jerawat pasir ini banyak dan halus halus.


2.    JERAWAT BATU
Ukurannya semestinya besar. Lebih besar dari jerawat biasa dan boleh menimbulkan rasa sakit kerana terdapat keradangan di sekitar wajah. Jika dibiarkan boleh menyebabkan parut.


PUNCA TIMBULNYA JERAWAT

1.    KULIT BERMINYAK
Biasanya kulit berminyak akan menyebabkan liang pori tersumbat dan bila tersumbat ia akan menimbulkan jerawat dengan mudah

2.    HORMON
Biasanya hormon yang tidak teratur atau kitaran haid juga menjadi penyebab jerawat. Hormon seperti testosterone akan menjadikan kalenjar minyak banyak dan menyebabkan liang pori tersumbat

3.    STRESS
Stress juga boleh menjadi punca jerawat timbul secara tidak sengaja kerana stress menimbulkan hormon adrenaline yang akan meningkatkan pengeluaran minyak di dalam kulit.

BAGAIMANA PULA CARA NAK HILANGKAN PARUT HITAM JERAWAT NI?

SENANG SANGAT. Semua bahan dari dapur, natural organik semulajadi dan DIJAMIN HALAL
1.    MADU
Organik madu sangat terkenal dengan segala manfaatnya, baik untuk kesihatan dan juga kulit. Mempunyai kandungan antibiotik yang tinggi. Juga sebagai pencegah infeksi yang dapat membuat peradang pada jerawat.

Berikut merupakan resepi pantas.
1.    Sediakan madu asli
2.    Sapukan secara merata pada bekas jerawat
3.    Biarkan sehingga kering
4.    Bilas dan bersihkan dengan air sua
5.    Keringkan dengan kain bersih
6.    Lakukan rawatan masker madu ini sebagai rutin selama tiga hari berturut setiap minggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

2.    LEMON
Lemon dikenali sebagai agen menghilangkan parut atau bintik hitam pada wajah kerana mengandungi Asam Aplha dan Askorbat-L yang dapat membantuk mengurangkan parut jerawat serta dapat membantu membersihkan liang pori.

Berikut merupakan resepi
1.    Sediakan lemon segar
2.    Potong menjadi dua bahagian
3.    Perahkan dua bahagian tersebut
4.    Sapukan air perahan lemon pada parut jerawat
5.    Biarkan selama 10-15 minit
6.    Kemudian basuh dengan air suam dan keringkan dengan tuala bersih

1.    BAWANG PUTIH
Bawang Puting mengandungi Anti Bakteria Thiacremonon Sulfur yang boleh mengubati jerawat dan menghilangkan parut jerawat.

Berikut merupakan resepi
1.    Sediakan bawang putih yang bersih
2.    Kisar bawang putih tersebut
3.    Kemudian sapukan pada bekas jerawat
4.    Biarkan ia kering sekitar 2 minit
5.    Bilas hingga bersih dengan air bersih yang hangat
6.    Keringkan menggunakan microfiber towel yang bersih


Bagi anda yang sibuk dan tiada masa untuk menunggu hasil daripada cara di atas, anda boleh hilangkan bekas jerawat dengan berkesan dan cepat tengok pada kadar penyerapan kulit dengan Mary Jardin.

Terkini Calendula Honey Mary Jardin Skincare mampu menghilangkan parut dan jerawat dengan berkesan. Yang pastinya selamat dan semulajadi.



Calendula Honey mengandungi ORGANIC HONEY yang mampu merawat jerawat serta memudarkan parut jerawat. Juga mengandungi ekstrak calendula yang sangat berkesan dalam merawat kulit berminyak, kulit kering dan sensitif.

Calendula Honey Mary Jardin yang diformulasikan oleh Doktor Kulit, Doktor Maryam Aziz tidak pernah mengecewakan client yang diconsult. Rata-ratanya mengalami perubahan yang positif.



Tambahan pula kandungan di dalamnya merupakan natural dan organik di mana bebas dengan bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik.



Tak Percaya? LIHAT APA KATA MEREKA.





 NAK TAHU LEBIH LANJUT?

Love,
Ibu Amani XOXO
#superibu

Tuesday 22 May 2018

Tips & Rahsia Berpuasa Sambil Menyusukan Anak

TIPS DAN RAHSIA BERPUASA SAMBIL MENYUSUKAN ANAK



Salam Ramadhan Dear Readers,
Tahun ni kali kedua Ibu berpuasa sambil menyusukan anak dan kali ini dua anak sekaligus menyusu badan, Kak Nina dengan Adik Umar.

Mesti Puan Puan yang pertama kali berpuasa sambil menyusukan anak risau dan bimbangkan? Risau pengeluaran susu Puan merundum. Ini memang dilema yang paling besar bagi para mama termasuk Ibu sendiri.

Usah gusar, usah risau, Ibu kongsikan sedikit Tips :

1. MAKANAN YANG RENDAH (GI) GLYCEMIC INDEX

Ibu wajibkan untuk mengambil makanan yang rendah GI. Dalam musim berpuasa, Ibu mementingkan kualiti susu, bukan kuantiti sahaja yang penting ya tapi KUALITI lagi penting.

Makanan yang rendah GI ialah seperti roti wholemeal,pasta, coklat, oat, yogurt rendah lemak dan brocolli.  Ini merupakan contoh yang Ibu makan dan senang nak dapat. Oh lagi satu Ibu wajibkan untuk makan nasi juga walaupun sedikit.

Makanan rendah GI ini akan melepaskan tenaga dari sumber makanan secara perlahan jadi Ibu lambat rasa lapar. InshaAllah mampu bertahan untuk berpuasa walaupun masih perlu menyusu.

2. MINUM BANYAK AIR


Untuk elakkan masalah hidrasi pada tubuh ialah dengan minum banyak air. Menyusukan bayi memang akan menyebabkan kita berasa dahaga dan rasa dahaga itu datang dengan kerap. Oleh itu haruslah mengambil air dengan secukupnya sebab jika badan Puan kurang air, Puan akan berasa keletihan sepanjang hari.

Kalau orang biasa perlu minum 8 gelas sehari TAPI ingat ya bagi Ibu menyusu perlu minum air lebih. Ini jadual yang Ibu dapat hasil dari ehsan Pak Google :

Sebelum qiamullail – Segelas air
Selepas qiamullail – Segelas air
Sahur – Segelas air & segelas susu
Berbuka puasa – Segelas air
Selepas solat maghrib – segelas air
Selepas solat tarawih – segelas air
Sebelum tidur – segelas air

 3. MINUM SUSU KETIKA BERSAHUR

Ketika sahur sebelum makan apa apa Ibu dah amalkan lama dah minum susu. Ibu suka buat milkshake, blend sahaja campuran susu, kurma, granola, Pea Protein Mary Jardin & Astacera-collagen Mary Jardin (Optional). Sedap ok!

Tidak dinafikan sejak amalkan dengan konsisten susu ini membantu Ibu sangat dalam penghasilan susu berkualiti untuk Kak Nina dan Adik Umar.

  4.  TERUSKAN MENGEPAM MENGIKUT JADUAL

Ini bagi mereka yang bekerja, bagi Ibu yang WAHM “Working at Home Mom” jarang sekali pam sebab kedua dua anak Ibu Direct Feed. Kalau kakak dulu Ibu pam untuk standby stock begitu juga dengan Adik Umar.

Tapi bagi mereka yang EP Mom, konsep deman-supply susu tetap sama. Makin kerap dikosongkan makin banyak penghasilannya! InshaAllah! Yakin dengan rezeki Allah ok

5. BANYAKKAN REHAT DI SIANG HARI

Buat persediaan sebaiknya ya Puan. Beli la barang keperluan dan buat kerja rumah yang berat sebelum bermulanya bulan puasa. Elakkan aktiviti luar.

6. AMBIL SUPPLEMENT TAMBAHAN

Ini juga penting buat Ibu menyusu kerana Ibu menyusu memerlukan extra energy di musim Ramadhan. Bagi Ibu untuk kekal bertenaga sepanjang berpuasa, jangan tinggalkan Pea Protein.
7. NIKMATI RAMADHAN


Ramadhan cuma datang setahun sekali. Oleh itu ini lah peluang untuk kita kutip sebanyak mungkin pahala. Puan jangan terlalu stress fikirkakn susu yang mungkin tak cukup kerana pemikiran ini juga akan menganggu penghasilan susu.

Berdoa pada Allah agar mudahkan penyusuan ketika berpuasa. InshaAllah, jika kita yakin, Dia Maha Memberi. INGAT! Yang kita perlukan bukan kuantiti susu tapi Kualiti agar anak menyusu dengan gembira.

Love;
Ibu Amani

XOXO









Thursday 1 February 2018

PART 2 : FALLING IN LOVE

Hi! Assalamualaikum.
Jom sambung PART 2 : FALLING IN LOVE

Sejujurnya Ibu pakai sendiri skincare Mary Jardin dan amat la jarang sekali nak promote kat sosial media lagi pula Ibu amat la busy kat butik Ibu dan busy uruskan Kakak [anak sulung Ibu] struggle in other word dengan ekonomi kurang menentu ni. TAPI apa yang pasti Ibu FALLING IN LOVE dengan skincare Mary Jardin ni!

Suddenly husband dapat surat transfer ke segamat by Dec 2017 jadi Ibu letgo butik kat new tenant dan sedang munasabah diri, gali minat yang sebetulnya. Sehingga satu ketika Ibu jatuh cinta nak cantikkan orang, makeup orang, buat simple spa, manicure dan pedicure as well. Sekeliling Ibu komen sebab ‘pembawakan anak’.

Macam biasa kepala degil Ibu redah semua, masuk kelas sana sini dan akhirnya Ibu ternampak iklan natural kosmetik Mary Jardin, coming soon ya produk #MJAC mary jardin artisan cosmetic. So Ibu text balik SIL Ibu tanya itu ini dan ya I’ve made my mind. Ibu nak focus MARY JARDIN! YES Ibu nak spread awareness tentang betapa baik dan hebatnya produk natural organik. Lagi pula masyarakat kita masih kurang celik tentang produk natural organik ketika itu, masih ramai lagi pengguna menggunakan produk berkimia.

So Ibu decided untuk pergi Retreat dan semua berubah selepas itu. Fuh penat taip sambil bebel. Kakak tengah meragam. Ibu sambung LAST PART JOURNEY Ibu sebentar lagi ya.

Love;
Ibu Amani

xoxo

MJ PART 1 : BARU NAK KENAL




Hi! Assalamualaikum.
Fuh berhabuk belog Amani. Eh sekarang dah kena bahasakan diri sebagai Ibu. Oh well I’m a mother NOW! Unbelievable dan dah nak masuk anak kedua dah pun SOON. Doakan Ibu dipermudahkan bersalin ya. 😉

Ok back to our MAIN TOPIC. PART 1 : BARU NAK KENAL.
Macam mana Ibu boleh berkenalan dengan Mary Jardin? Ibu memang dah lama ‘naked face’ gitu. Stop from using any skincare then sebabkan obses dengan Natural Organik Produk maka Ibu pun godek godek.

Then tengok SIL [sister in law] Ibu asyik update pasal Mary Jardin maka tanya la kat Abah Google. First Impression Ibu “hmm menarik”. Dengan pantas text SIL Amani korek korek sikit so direct terus cakap nak register. Mei 2017 register dan pakai sendiri.

Sambil sambil tu cuba cuba la gali info. Info menarik. So ok “why not”

PART 2 Kemudian ye. Sekarang dah pukul 3.00 Pagi. Ibu macam biasa tak boleh nak tidur dek kerana mild contraction. Kita sambung kemudian ya.


🌷Love;
Ibu Amani
xoxo

x