TIPS DAN RAHSIA BERPUASA SAMBIL MENYUSUKAN ANAK
Salam Ramadhan Dear Readers,
Tahun ni kali kedua Ibu berpuasa sambil menyusukan anak
dan kali ini dua anak sekaligus menyusu badan, Kak Nina dengan Adik Umar.
Mesti Puan Puan yang pertama kali berpuasa sambil
menyusukan anak risau dan bimbangkan? Risau pengeluaran susu Puan merundum. Ini
memang dilema yang paling besar bagi para mama termasuk Ibu sendiri.
Usah gusar, usah risau, Ibu kongsikan sedikit Tips :
1. MAKANAN YANG RENDAH (GI) GLYCEMIC INDEX
Ibu wajibkan untuk
mengambil makanan yang rendah GI. Dalam musim berpuasa, Ibu mementingkan
kualiti susu, bukan kuantiti sahaja yang penting ya tapi KUALITI lagi penting.
Makanan yang rendah
GI ialah seperti roti wholemeal,pasta, coklat, oat, yogurt rendah lemak dan
brocolli. Ini merupakan contoh yang Ibu
makan dan senang nak dapat. Oh lagi satu Ibu wajibkan untuk makan nasi juga walaupun sedikit.
Makanan rendah GI ini akan melepaskan tenaga dari sumber makanan secara perlahan jadi Ibu lambat rasa lapar. InshaAllah mampu bertahan untuk berpuasa walaupun masih perlu menyusu.
2. MINUM BANYAK AIR
Untuk elakkan masalah hidrasi pada tubuh ialah
dengan minum banyak air. Menyusukan bayi memang akan menyebabkan kita berasa
dahaga dan rasa dahaga itu datang dengan kerap. Oleh itu haruslah mengambil air
dengan secukupnya sebab jika badan Puan kurang air, Puan akan berasa keletihan
sepanjang hari.
Kalau orang biasa perlu minum 8 gelas sehari
TAPI ingat ya bagi Ibu menyusu perlu minum air lebih. Ini jadual yang Ibu dapat
hasil dari ehsan Pak Google :
Sebelum qiamullail – Segelas air
Selepas qiamullail – Segelas air
Sahur – Segelas air & segelas susu
Berbuka puasa – Segelas air
Selepas solat maghrib – segelas air
Selepas solat tarawih – segelas air
Sebelum tidur – segelas air
3. MINUM SUSU KETIKA BERSAHUR
Ketika sahur sebelum makan apa apa Ibu dah amalkan lama
dah minum susu. Ibu suka buat milkshake, blend sahaja campuran susu, kurma,
granola, Pea Protein Mary Jardin & Astacera-collagen Mary Jardin
(Optional). Sedap ok!
Tidak dinafikan sejak amalkan dengan konsisten susu ini
membantu Ibu sangat dalam penghasilan susu berkualiti untuk Kak Nina dan Adik
Umar.
4. TERUSKAN MENGEPAM MENGIKUT JADUAL
Ini bagi mereka yang bekerja, bagi Ibu yang WAHM “Working
at Home Mom” jarang sekali pam sebab kedua dua anak Ibu Direct Feed. Kalau
kakak dulu Ibu pam untuk standby stock begitu juga dengan Adik Umar.
Tapi bagi mereka yang EP Mom, konsep deman-supply susu
tetap sama. Makin kerap dikosongkan makin banyak penghasilannya! InshaAllah!
Yakin dengan rezeki Allah ok
5. BANYAKKAN REHAT DI SIANG HARI
Buat persediaan sebaiknya ya Puan. Beli la barang
keperluan dan buat kerja rumah yang berat sebelum bermulanya bulan puasa.
Elakkan aktiviti luar.
6. AMBIL SUPPLEMENT TAMBAHAN
Ini juga penting buat Ibu menyusu kerana Ibu
menyusu memerlukan extra energy di musim Ramadhan. Bagi Ibu untuk kekal
bertenaga sepanjang berpuasa, jangan tinggalkan Pea Protein.
7. NIKMATI
RAMADHAN
Ramadhan cuma datang setahun sekali. Oleh itu ini lah
peluang untuk kita kutip sebanyak mungkin pahala. Puan jangan terlalu stress
fikirkakn susu yang mungkin tak cukup kerana pemikiran ini juga akan menganggu
penghasilan susu.
Berdoa pada Allah agar mudahkan penyusuan ketika berpuasa.
InshaAllah, jika kita yakin, Dia Maha Memberi. INGAT! Yang kita perlukan bukan
kuantiti susu tapi Kualiti agar anak menyusu dengan gembira.
Love;
Ibu Amani
XOXO