Saturday 1 December 2018

HOMESCHOOLING : Sorting Colours Activity

Hi Assalamualaikum,

Memandangkan Ibu memang full time housewife, mother dan dalam masa yang sama menjalankan bisnes dari rumah jadi sepanjang waktu memang dengan anak anak kesayangan ni.

Ibu ada dua orang anak, Nur Medina Imani berusia 2 tahun dan Umar berusia 9 bulan. Dekat facebook anak anak Ibu terkenal dengan panggilan Stajah dan Haji. Nak kenal Ibu lagi rapat boleh Follow Ibu kat Facebook : Amani Peter

Sebabkan ramai sangat tanya Ibu apa aktiviti Ibu dengan anak anak, bagaimana Ibu ajar mereka dari rumah sejak umur 5 bulan dan macam macam lagi.

Jadi harini Ibu kongsikan aktiviti stajah Ibu iaitu si kakak. Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang pernah kami lakukan cuma kekangan masa untuk update di belog ibu ni. InsyaAllah Ibu cuba kongsikan aktiviti yang lain lepas ni.

Ok kemarin Stajah belajar sort out colours dan kali ini Ibu tambah lebih banyak jenis warna. Aktiviti ini sangat senang dan santai.

Barang yang diperlukan :

  1. Cotton Colours Balls (Bola warna jenis kain)
  2. Pinggan kertas berwarna (Ibu tak jumpa jadi pakai pinggan kertas biasa dan letak setiap warna bola dalam setiap pinggan sebagai tanda)
  3. Bekas letak bola warna




Cara Cara :

  1. Terangkan pada anak setiap pinggan kertas mempunyai satu jenis warna.
  2. Anak haruslah sort out bola warna yang berada di tempat letak bola mengikut jenis warna bola di dalam pinggan kertas.
  3. Sambil letak setiap bola tersebut Ibu harus memainkan peranan dengan menyebut kuat kuat jenis warna bola tersebut.
  4. Selesai bahagikan semua jenis warna, tutup aktiviti dengan menyusun semula bola warna di dalam bekas sambil mengira bilangan bola.
Ibu kongsikan video pendek Stajah Ibu ni.




Kebaikan Aktiviti Ini :

  1. Aktiviti ini sesuai untuk anak berusia setahun ke dua tahun.
  2. Anak anak lebih kenal jenis warna
  3. Daya Fokus anak dapat dibentuk

Penutup aktiviti Ibu bagi Stajah aktiviti bebas ikut kreativiti dia nak susun balik bola warna tu. Dia minta botol untuk masukkan bola warna kemudian tutup dan simpan. 

Masukkan ke dalam botol pun salah satu aktiviti bagus untuk daya fokus anak. Itu sahaja aktiviti kami. InshaAllah akan datang Ibu kongsi lagi. Semoga bermanfaat.

xoxo
Ibu Amani

#superibu
#maryjardinmelaka
#homeschoolingmy