Saturday 9 February 2019

Tips Surutkan Demam Anak Dengan Natural Remedies Lemon

Assalamualaikum Salam Sejahtera,
Lama Amani tak menulis sebab sibuk dengan keluarga, dengan anak anak. Jadi harini merupakan posting pertama dari Amani setelah sekian lama.

Sebelum tu Amani kenalkan balik diri Amani. Amani merupakan Ibu kepada seorang puteri jelita dan putera kacak. Merupakan seorang suri rumah bekaliber. Haha.

Ramai kenal Amani sebagai pangilan Ibu dan puteri Ibu sebagai Stajah, manakala putera Ibu sebagai Haji. Boleh ikuti perkembangan Ibu di Facebook dan juga Instagram

Mohon jangan pelik dengan nama Ibu sebab Ibu revert dan kekalkan Peter sebagai nama keluarga Ibu. Ok harini sebenar nak cerita bagaimana Ibu dapat surutkan demam anak secara semulajadi dengan natural remedies.

Sebelum ini Stajah pernah warded atas kes pnemunio dan on Antibiotik selama 5 hari. Selepas tempoh tersebut asal demam mesti wajib on antibiotik. Kalau Ibu tak bagi antibiotik, demam stajah takkan surut dan berpanjangan. Demam stajah juga akan tiba tiba naik suhu yang sangat tinggi sampai kena bagi ubat bontot pula.

Sampai lagi kami sekeluarga pindah masuk balik rumah sendiri, stok ubat Stajah habis. Ubat demam habis, antibiotik apatah lagi. Kebetulan sebelum tu Ibu baru sahaja beli Young Living Essential Oils (YLEO) jadi Ibu ikhtiar dengan YLEO. Ini cumala personal sharing Ibu ya sebab kebetulan ubat tiada.

Dan atas sebab ramai minta Ibu kongsi kronologi cerita maka Ibu ambil platform untuk menulis.

DAY 1 :
Tengahari
Stajah demam tengahari, suhu 38. Mandikan dengan EO Lemon (3 titik) dan EO Peppermint (1 titik) untuk bagi kesegaran badan dan turunkan suhu. Kalau sebelum ni Ibu akan potong beberapa biji lemon, perah dalam air mandian tapi kali ini Ibu drop je EO Lemon.

FUN FACT : 15ML YLEO Lemon ni mengandungi 75 biji lemon. Bayangkan betapa potentnya eo young living ni.

Usai mandi, Ibu tak jerlum lagi sebab nak masak. Ibu sapu EO Thieves untuk Immune Booster Stajah, yelah kalau tengah sakit confirm immune drop. Bagi Stajah rehat tidur dan diffuse lavender sebelah dia. Dia lena habis. Check suhu turun sikit jadi 37.

Petang
Mandikan macam biasa dengan EO Lemon dan Peppermint. Sapu Thieves kat tapak kaki. Suhu kekal 37.

Malam.
Demam Stajah naik mendadak pergi 39. Ok Ibu dah risau sebab ubat bontot tiada, ubat demam habis. Dengan lafaz bismillah Ibu tukar baju dia baju nipis. Yes memang nak bawa ke klinik atau emergency tapi sebab Babah pun baru lepas accident tulang pinggul patah jadi Ibu suruh dia rehat dulu dan Ibu monitor Stajah dalam masa dua jam ni.

Jerlum/lap stajah non stop dengan air jerlum/lap EO Lemon 1drop dan EO Peppermint 1drop. Lap tanpa henti dari kaki sampai kepala dan celah pelipat sambil tu sapu thieves selang sejam kat tapak kaki. Diffuse lavender sebelah stajah.

Asbab diffuse lavender sebalah stajah, stajah langsung tak crancky, tak mengamuk walaupun satu badan kena lap dan letak kain kat dahi. Kalau selalu nak lap mesti akan mengamuk. Betapa bersyukurnya Ibu waktu tu.

Dalam tempoh tu suhu demam stajah turun perlahan lahan samapi 37.

Day 2
Mandikan Stajah dengan EO Lemon dan Lavender seperti biasa. Suhu normal. Masih monitor sampai malam dan alhamdulillah suhu kekal normal dan tak demam dah lepas tu.

Memang bersyukur sangat sebab EO Young Living ni sedikit sebanyak dapat membantu. Oh ya jika anak demam dan nak bagi ubat demam pun boleh tahu disamping tu teruskan oiling. Sebab EO ni membantu cepatkan turun suhu anak setelah makan ubat.

It works in natural way. Tapi Ibu ingin nasihatkan pilih EO yang pure, GRADE A dan THERAPEUTIC GRADE. Ini sangat penting sebab kini terlalu banyak lambakan EO di pasaran. Macam mana nak tahu? Ibu akan ceritakan pada post seterusnya.

STAY TUNED OK. Boleh follow perkongsian LIVE Video Ibu ni.



Itu sahaja untuk harini dari Ibu. Nak borak dengan Ibu boleh klik ➡️ HUBUNGI AMANI

Lots Of Love,
Amani Peter
SuperIbuAnakDua